SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan

(Kumpulan B)
Group F.28
Pensyarah: En. Nasrol Hadi bin Ahmad Shukeri


Selasa, 10 Ogos 2010

Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sebenarnya, pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak- kanak. Ia merupakan satu jangka masa yang penting dalam proses pembesaran kanak-kanak.

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini mereka juga akan berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.


Bagi negara kita , Pendidikan Awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun. Kanak-kanak pada usia ini telah mula memasuki taman-taman didikan atau dikenali sebagai pra-sekolah atau tadika yang istilah ini telah digunakan dengan meluas di Malaysia.

Lim Wang Ru
206448

PENGARUH PENDIDIKAN DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pendidikan mampu memberi pengaruh dan sumbangan yang besar dalam perkembangan awal kanak-kanak. Pendidikan boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan yang dilakukan secara sengaja oleh seseorang untuk memberi kebaikan. Pembelajaran pendidikan yang mencukupi dapat melahirkan individu yang kuat dari segi mental dan fizikal. Fizikal yang kuat dapat membantu mereka melakukan aktiviti yang membawa kebaikan kepada orang lain. Pendidikan juga dapat mendidik anak kecil tentang moral dan norma kehidupan yang mulia. Emosi positif kanak-kanak juga boleh dibentuk melalui didikan awal kepada mereka. Ilmu yang ada pada mereka mampu mendorong mereka berfikiran positif terhadap segala perkara yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang.


Titik efnita
203407

Isnin, 2 Ogos 2010

PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

Pendidikan tidak formal adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, pendidikan ini amat penting dan bermakna kepada perkembangan pemikiran kanak-kanak. Pendidikan tidak formal bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan dan memberikan latihan dalam sesuatu kemahiran yang bersifat khusus. Ini membawa maksud, pendidikan pada tahap ini kurang menekankan emosi. Pendidikan ini boleh didapati melalui rumah, tempat ibadat, pengalaman dan sebagainya.kebiasaannya ilmu ini menjadi satu warisan daripada kedua ibu bapa terhadap anak-anak dan boleh dikatakan ilmu ini lebih memberikan kesan yang efektif terhadap minda manusia berbanding ilmu secara formal.


Norazlizawati Binti Rameli
206479

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pendidikan awal kanak-kanak bermula pada era 1950-an yang didorong oleh sistem pendidikan British.Dari tahun 1960,sosialis kristian telah membuka tadika di Malaysia sebagai aktiviti gereja.Pada tahun 1970,KEMAS,FELCRA,RISDA,Perumahan Sabah dan kementerian lain menubuhkan Taman Didikan Kanak-kanak(TADIKA) dan Taman Bimbingan Kanak-kanak(TABIKA).Akta Pelajaran 1961 P.U(A) diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) pada tahun 1972.Sekitar tahun 1972 hingga 1976,Maktab Perguruan Ilmu Khas(MPIK) menawarkan khusus mengenai bidang ini. Pada tahun 1986,Buku Panduan Guru Prasekolah diterbitkan.Pada tahun 1993,Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia diperkenalkan dan diganti oleh Kurikulum PERMATA(0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(4-6 tahun).

Chong Shiue Szen
206198

Ahad, 1 Ogos 2010

TUJUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan pada awal kelahiran sehingga usia 6 tahun sering kali dilakukan melalui ransangan luaran. Hal ini dapat membantu perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak sebelum menempuhi zaman persekolahan yang lebih mencabar. Pendidikan awal kanak-kanak juga dapat membantu melahirkan anak bangsa yang berkualiti dalam membantu mereka menghadapi usia remaja dan dewasa yang penuh cabaran. Selain itu pendidikan pada awal usia juga mampu mempersiapkan anak-anak kecil untuk membina masa depan negara yang terbilang.


WIDYA ANGREINI
203440

PENDIDIKAN FORMAL


Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu. Oleh itu,pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai agenda dan program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0 hingga 6 tahun.


Antara program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang paling sinonim ialah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan juga Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-baik telah diwujudkan. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. TADIKA merupakan program pendidikan yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 hingga enam tahun. Tujuan program ini diwujudkan adalah bertujuan menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu agensi yang telah melaksanakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS. Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Kesemua jenis TASKA dan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengguna pakai Modul Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran berasaskan Kurikulum PERMATA. Kurikulum ini berteraskan "pembelajaran menggunakan keseluruhan otak" dan pembelajaran yang menyeronokkan dengan menggunakan tenaga pendidik terlatih dan mempunyai kelayakan minimum peringkat diploma.

HAFIDATUN AISHAH BT.ALIAS
206464

CABARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam memacu kemajuan bangsa dan negara pada masa akan datang. Namun begitu, terdapat halangan dalam usaha memberi pendidikan kepada kanak-kanak. Kemiskinan yang melanda masyarakat luar bandar telah menghalang sebahagian besar ibu bapa memberikan pendidikan formal yang sebaiknya kepada anak mereka. Internet yang pada asasnya memberi kebaikan pada masyarakat tanpa kita sedari boleh merosakkan kanak-kanak kerana mereka cenderung untuk terdedah dengan laman sesawang negatif yang boleh memberi impak buruk dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, kekangan ini haruslah kita atasi bagi menjamin masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Azirah Binti Abdul Majid
206344

Jumaat, 30 Julai 2010

Kepentingan Pendidikan Anak di Peringkat Awal


Pendidikan awal adalah satu persediaan untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pendidikan awal ini adalah penting untuk kanak-kanak dalam perkembangan otak mereka yang sebagai peringkat paling utama dan laju berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan.

Hal ini kerana dapat menggerakkan pemikiran dan meningkatkan kreativiti mereka di samping membina akhlak yang baik dalam kanak-kanak. Selain itu, ia juga penting bagi kanak-kanak dalam pembangunan minda serta berupaya mengawal emosi dalam apa jenis keadaan. Oleh itu, pendedahan pendidikan awal telah menyediakan asas yang kukuh dalam perkembangan kanak-kanak.
Lai Pei Yen
206462

MENURUT PANDANGAN ISLAM


*Menurut perspektif Islam, mendidik anak-anak adalah seperti mengasuh, melatih rohani dan jasmani berteraskan nilai yang baik dan terpuji berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.Islam juga menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak, misalnya pemantapan akhlak diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya.Kanak-kanak merupakan aset penting untuk pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Selain itu, mereka juga merupakan pemimpin ummah yang akan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.





Siti Mariam Binti Othman
206402